Logo Food Bank Malaysia


                                                                  

PENGASAS

Mohd Azrul Mohd Razak
 

FACEBOOK 

https://fb.com/kindnessmalaysiafoodbank 
https://fb.com/kindness.utara

 

HOTLINE

60167074798
 

 WHATSAPP

https://wa.me/60167074798

JENIS

Pertubuhan kebajikan

OBJEKTIF

Membasmi kelaparan

LOKASI

2967E, Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar, Kedah


Sejarah Penubuhan

Pertubuhan Bank Makanan Malaysia atau Food Bank Malaysia adalah organisasi amal jariah yang mengedarkan makanan kepada mereka yang mempunyai kesukaran untuk membeli akibat dari bencana mahupun berpendapatan rendah.

Beberapa ahli organisasi Food Bank Malaysia melakukan operasi dengan memainkan peranan sebagai "barisan hadapan", memberi makanan secara langsung kepada mereka yang memerlukan, seperti kebanyakan berita yang dilaporkan di media massa.

Sebelum ini kami menyimpan stok-stok makanan di rumah sendiri. Akan tetapi kesukaran dari segi lokasi, kemudahan memuat turun barang serta tempat yang sempit membuatkan kami memilih untuk menyewa sebuah rumah semata-mata atas tujuan program Food Bank.

Dengan wujudnya prasarana asas, ia sedikit sebanyak dapat melancarkan perkembangan proses aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara langsung mahupun tidak langsung. Pengurusan barangan lebih teratur selain boleh menempatkan warga kerja Food Bank dengan lebih selesa.

Program memberi makanan kepada mereka yang memerlukan telah berjalan sejak 2012 iaitu di bawah Kindness Malaysia. Setelah berbincang secara bersama, kami bersetuju mewujudkan sebuah organisasi khas untuk bank makanan pada tahun 2020 bagi tujuan itu.

Program Food Bank Malaysia

Pengedaran Makanan

Untuk permulaan ini Food Bank memberi fokus kepada laporan-laporan yang dibuat oleh individu, NGO mahupun dari agensi kerajaan yang memerlukan sumbangan makanan dalam kelompok yang kecil. Ibu pejabat terletak di Alor Setar, kami bermula di bumi Kedah, sebelum sedikit masa lagi ia akan diperbesarkan ke semua negeri. Kami mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk turut sama dalam program ini.

Food Bank Malaysia - Pengedaran Makanan


Kerjasama (Partnerships)

Perjalanan Food Bank Malaysia adalah dari sokongan beberapa NGO dan syarikat yang telah kami bekerjasama antara :

  • Kindness Malaysia
  • Food Aid Foundation
  • Tesco Malaysia
  • Usahawan Negeri Kedah

Food Bank Malaysia - MBSB Bank

Food Bank Malaysia - Food Aid Foundation

Food Bank Malaysia - Kindness Malaysia

Food Bank Malaysia - Tesco Malaysia




Turut sama beberapa individu yang sentiasa hadir untuk membantu dan peka terhadap masalah komuniti setempat terutamanya melibatkan bekalan makanan yang terputus.

Sekolah Kindness (School of Kindness)

Food Bank - School of Kindness

Ia sebenar telah dilaksanakan  2 tahun yang lepas dan kini ia dikelolai di pejabat Food Bank. Program School Of Kindness ini dihentikan sehingga wabak COVID-19 reda. Sekolah ini sama seperti tuisyen, dilaksanakan sejam untuk setiap subjek. Pembelajaran ini difokuskan kepada golongan susah yang ketinggalan asas belajar dalam subjek :

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Mengaji Al Quran


Pemberian Makanan untuk Gelandangan (Feed Homeless)

Pemberian makanan untuk gelandangan (Feed Homeless) sekitar Alor Setar telah berjalan sejak 2013 lagi. Program ini berjalan seminggu sekali atas faktor kekurangan masa ahli sukarelawan untuk membuat setiap hari selain kekurangan sumber kewangan untuk menyediakan makanan kepada mereka.

Gelandangan di Alor Setar semakin berkurangan dari 20 lebih orang sehingga kini tinggal beberapa orang sahaja. Kemungkinan ada yang telah meninggal dan ada juga telah mendapat tempat dari bantuan JKM, orang ramai serta saudara terdekat.

Food Bank - Feed Homeless


Kindness Kitchen

Program Kindness Kitchen ini telah dijalankan secara kecil-kecilan kerana ia memerlukan modal dan tenaga pekerja yang cukup pada setiap kali ia di buka. Dimulakan dengan memasak untuk komuniti yang susah membeli makanan di sekitar pedalaman Kuala Nerang.

Kindness Kitchen


Pemberian Makanan Kindness Kitchen


Chef Kindness Kitchen


Masakan Kindness Kitchen


Sudah menetapkan sedikit ruangan untuk program ini berjalan di pejabat Food Bank Malaysia. Sedang mengumpul dana yang mencukupi bagi menjayakannya.




Lokasi Kindness Kitchen

Sedang Pembinaan Kindness Kitchen

 

Liputan Media

Kenderaan Food Bank Malaysia sudah beberapa kali mendapat liputan media massa untuk dihebahkan bantuan yang tak seberapa ini dapat disampaikan kepada yang memerlukan.


Sinar Harian - Food Bank Malaysia
Sinar Harian


MHI TV3

Pertubuhan Berdaftar

Kami adalah sebuah pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) - Food Bank Malaysia

Sumbangan Bulanan

Kami dari Food Bank Malaysia mengalu-alukan dan berbesar hati sekiranya anda ingin menyalurkan sumber kewangan secara konsisten setiap bulan bagi menghidupkan program-program yang dijalankan oleh kami.

Sama-samalah kita melakukan kerja baik ini secara berterusan agar kita dapat permudahkan kehidupan orang lain selain ia membantu saham kita di akhirat kelak.
 

Sumbangan Maybank Food Bank Malaysia